Powered By Blogger

Tuesday, 25 February 2014

Aura Dalaman Wanita dengan Dewi Auji

Hye...entri saya kali nie ialah tentang produk kecantikan dalaman wanita. Bagi saya, wanita tak seharusnya just pentingkan kecantikan luaran jerr. Kecantikan dalaman?? Pun penting jugak kan..Lagi pun, banyak dah blogger2 lain yang post entri pasal kecantikan luaran nie. Saya pun dah rase bosan ngan tajuk entri yang sama. Balik2 muka mcm mane nak hilangkan jerawat, nak jadi gebu, montok, montel dan sebagainya. Kali ini dalam post saya, saya akan bercerita tentang kecantikan dalaman wanita pulak. Mesti u all nak tau kan. Hehe.. :)

Syarikat yang saya tengah praktikal nie jugak dah hasilkan produk sendiri tau iaitu seperti Hygiene Dewi V'ROSE, Jus Dewi V'Serapat, dan V'Berry Oat. Hahh..sekarang nie saya akan terangkan tentang produk nie satu persatu k..bg yg malas nak bukak website boleh je baca dari saya punya bolg nie.. ^-^


RM 19.00

Hygiene Dewi V’Rose bertindak untuk membersih, menyegar, mengurangkan bau yang kurang menyenangkan disebabkan jangkitan bakteria serta menjaga bahagian vagina wanita agar segar sepanjang masa.

Hygiene Dewi V’Rose di pek dengan botol yang senang dibawa kemana sahaja. Rasailah haruman ros & kesegaran setiap kali menggunakannya. Pasti yakin dengan aktiviti harian anda.

Hygiene Dewi V’Rose memainkan peranan penting dalam :-
1. Merawat keputihan
2. Menstabilkan pH vagina
3. Merawat kegatalan pada vagina
4. Mengecutkan/mengetatkan vagina
5. Membunuh fungus/bakteria punca berbau
6. Mencerah dan menganjalkan bahagian vagina
7. Memberi keharuman ros yang berpanjangan
8. Meningkatkan rasa keyakinan diri

Siapa yang Memerlukannya?
 Wanita dan anak dara
 Wanita yang mengalami masalah keputihan, kegatalan dan bau yang kurang menyenangkan
 Wanita yang mahu mengekalkan kesegaran dan kebersihan vagina sepanjang hari

Kandungan Hygiene Dewi V’Rose
VVV

Cara Penggunaan Hygiene Dewi V’Rose
Titiskan Hygiene Dewi V’Rose di telapak tangan, cuci vagina sehingga keluar buih dan bilas sehingga bersih.

No. Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia
VVV


RM 39.00

Jus Dewi V'Serapat diformulasikan dari kombinasi herba-herba terpilih dan bahan-bahan sunnah. JDVS memiliki pelbagai manfaat positif terutamanya kepada wanita yang sudah berumahtangga. JDVS juga dapat merealisasikan keintiman pasangan suami isteri, sihat dalam & luar serta sempurna dari hujung rambut hingga hujung kaki. 

Jus Dewi V'Serapat Memainkan Peranan Penting Dalam :-
1) Kemaluan/Vagina
• Mengetatkan/mengecutkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin
• Membantu mengencangkan otot dinding vagina dan mengembalikan keanjalan
• Mengeluarkan dan mengurangkan keputihan serta lender
• Membantu melegakan simpton-simpton menopause
• Memelihara faraj agar sihat semulajadi
• Mengatasi masalah kemaluan berbau

2) Payudara/Bentuk Tubuh
• Membantu meningkatkan saiz payudara dan pinggul agar bentuk badan lebih montok dan menarik 
• Menyekat pertumbuhan sel barah payudara

3) Keintiman Suami Isteri
• Meningkatkan nafsu/ghairah bersama suami tercinta

4) Kesihatan Keseluruhan Badan
• Melancarkan perjalanan/peredaran darah
• Mengurangkan sakit-sakit sendi
• Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
• Kuku sihat & bersinar (pink)
• Membuat angin dalam badan
• Membantu memulihkan kekeringan dan kerapuhan rambut
• Memberi penghadaman yang yang baik
• Membuang toksik disebabkan pengambilan makanan yang kurang sihat

5) Kulit Wajah & Badan 
• Memelihara kecantikan kulit agar awet muda
• Mempercepatkan penyembuhan luka
• Membantu memulih kekenyalan otot
• Membantu membakar lemak
• Mengubati penyakit kulit, menghalus dan melembabkan kulit
• Memperlambat proses penuaan agar wajah nampak muda berseri
• Mengurangkan masalah badan berbau



JDVS ADA KESAN SAMPINGAN ?
Pengambilan JDVS cukup selamat, tiada kesan sampingan kerana ramuannya terdiri dari bahan-bahan herba semulajadi dicampuri bahan-bahan sunnah.

BERAPA LAMA BOLEH MELIHAT HASILNYA?
85% pengambilan JDVS secara teratur dan berterusan mengakui bahawa dengan hanya 1 botol cukup memberi kesan positif. Namun pada yang lambat kesannya perlu lebih berdisplin dalam faktor pemakanan, contohnya tidak boleh dicampuri dengan kopi, makanan berminyak, merokok dan alkohol. Ini kerana pengambilan tersebut boleh menjejaskan keberkesanan produk dan mengakibatkan kesan menjadi lambat.

KANDUNGAN JDVS
Manjakani, Serapat, Kacip Fatimah, Delima, Lobak Merah, Pegaga, Sireh, Buah Tin, Habatussauda, Kolagen, Rumpai Laut, Gam Arab, Astaxanthin, Maquiberry, Garam Bukit.

CADANGAN PENGAMBILAN
Dicadangkan ambil 1 sudu besar (15ml) pagi sebelum sarapan dan 1 sudu malam ketika hendak tidur dibilas dengan air suam. Berhenti ketika datang darah haid. (Biarkan darah kotor keluar sehingga habis tanpa memakan sebarang suplemen)

CARA PENYIMPANAN
Produk perlu disimpan di tempat kering dan di tempat sejuk atau suhu bilik, jauh dari pancaran sinar matahari. Elakkan tempat yang mempunyai suhu dan kelembapan tinggi.

INFO PENTING
Produk ini akan berubah dari segi warna iaitu warna merah akan bertukar menjadi gelap/hitam. Ini kerana ianya bergantung kepada sifat-sifat bahan semulajadi dalam campuran Jus Dewi V'Serapat.


RM 49.00

V'Berry Oat adalah satu formulasi campuran bijirin bersama buah Cranberry dan Blueberry ditambahkan lagi kolagen untuk keistimewa pemakanan berkhasiat tinggi yang amat baik untuk meningkatkan dan mengekalkan tenaga serta kesihatan luaran dan dalaman.

KELEBIHAN V’BERRY OAT:-
Kulit Cantik, Cerah, Awet Muda Dan Berseri
Cranberry dan kolagen mampu merangsang kulit yang lebih cerah dan melicinkan kulit, membuang kulit-kulit kusam agar nampak lebih muda berseri.

Mengurangkan Berat Badan
Membantu mengenyangkan perut dan merangsang pembakaran lemak serta menurunkan kolestrol.

Kesihatan Pada Tubuh Badan
-Kaya dengan vitamin C, kalsium, magnesium, kalium, fosforus, vitamin A, B1, B2, thiamin dan niasin, serat serta astrigen kuat dengan asid yang baik dan gula asli yang rendah. Ia juga rendah karbohidrat.

- Membantu meningkatkan tenaga dan stamina
- Membantu mencegah dan melegakan jangkitan saluran kencing
- Membantu mengurangkan risiko pembentukan batu karang
- Bijirin bantu mencegah dari penyakit jantung


Kandungan V’Berry Oat :-
Bijirin Flakes, Krimer, Ekstrak Malt, Moltodextrine, Blueberry, Cranberry dan Kolagen


Cadangan Pengambilan :-
Minum setiap hari ketika sarapan agar bertenaga dan ceria sepanjang hari

Cara Penggunaan :-
Masukkan satu sacet (25gm) kedalam air suam (150-180ml) kacau rata dan minum. 

Wednesday, 12 February 2014

Practical Time!!

Saya sekarang semester 6 ijazah in International Business kat mane lagi kan kat UiTM Bandar Melaka laa. Dalam semester 6 nie, memang para pelajar ijazah mana2 kos sekalipun diwajibkan praktikal di mana2 syarikat samada cari sendiri kat internat atau pun ikut senarai yg dah diberi oleh Penyelaras Praktikal. Penyelaras praktikal saya En. Idris b Othman, rajin orgnya smpai saya nak dekat 10 kali turun naik ke bilik office untuk jumpa die macam artis dah susah nak jumpa.


Walaupun Matrade besar tapi saya tak nak..hehe :)
Cari punya cari saya dapat dua panggilan interview dari dua company iaitu Matrade & Worldtrade. Mesti anda semua pelikkan nama pun dekat2, subsidiaries ke?? Sebenarnye..taklah. Matrade organisasi 100% bawah kerajaan. So die besarlah..yg Worldtrade nie pulak company kepunyaan individu. Tapi saya lagi prefer nak praktikal kat Worltrade nie bukan ape sebab environment die tak stress. Matrade dah awal2 bagitau yg praktikal kat situ akan stress dan diorang nak cari budak praktikal yang tahan ngan environment yang stress kat situ.

Yang ini gambar saya masa first day praktical kat Worldtrade kat Shah Alam nie. Muka excited je tambah nervous. Ye lahh, nie la first time rase kerja di office.





Yang nie pulak officemate A.K.A housemate. Nama die Amiera Jalil. haha. Guna nama Insta & Fb je. Glamour cikit. Tadaaa. Saya nie pun rabun + silau jugak just power tak tinggi jer. Sbb byk sgt baca buku lah nie untuk exam. Alhamdulillah, result saya dah naik dari semester lepas punya result. Still GCPA & GPA 3 pointer. Hehe :D



Nie pulak environment office saya di Shah Alam nie. Senang je pun nak cari company saya nie. Pejabat saya di atas Kedai Bikaya. Hehe. Nmpak tak kawan saya yg angkat tangan tudung merah tuh. Die nak interframe jugak. Haha pun bolehhh.



Syarikat nie ade 12 pekerja termasuk bos die lah dan kami budak practical 4 org. hehe. Bos saya cakap nak jadikan saya business development manager satu hari nanti. Sekarang nie jugak tugas saya adalah advertise kan service manufacturing atau outsourcing company nie ke negara luar. Oleh saya diminta oleh CEO A.K.A boss untuk study dulu pasal Google Adwords dan juga Facebook Ads. Budget kedua2 jenis ads nie adalah RM1 500 untuk sebulan.

Dah lah, saya nie malas tulis panjang2. Oleh itu, eloklah saya TAMAT kan di sini sahaja. Sekian....