Saya sekarang semester 6 ijazah in International Business kat mane lagi kan kat UiTM Bandar Melaka laa. Dalam semester 6 nie, memang para pelajar ijazah mana2 kos sekalipun diwajibkan praktikal di mana2 syarikat samada cari sendiri kat internat atau pun ikut senarai yg dah diberi oleh Penyelaras Praktikal. Penyelaras praktikal saya En. Idris b Othman, rajin orgnya smpai saya nak dekat 10 kali turun naik ke bilik office untuk jumpa die macam artis dah susah nak jumpa.
![]() |
| Walaupun Matrade besar tapi saya tak nak..hehe :) |
Yang ini gambar saya masa first day praktical kat Worldtrade kat Shah Alam nie. Muka excited je tambah nervous. Ye lahh, nie la first time rase kerja di office.
Yang nie pulak officemate A.K.A housemate. Nama die Amiera Jalil. haha. Guna nama Insta & Fb je. Glamour cikit. Tadaaa. Saya nie pun rabun + silau jugak just power tak tinggi jer. Sbb byk sgt baca buku lah nie untuk exam. Alhamdulillah, result saya dah naik dari semester lepas punya result. Still GCPA & GPA 3 pointer. Hehe :D
Nie pulak environment office saya di Shah Alam nie. Senang je pun nak cari company saya nie. Pejabat saya di atas Kedai Bikaya. Hehe. Nmpak tak kawan saya yg angkat tangan tudung merah tuh. Die nak interframe jugak. Haha pun bolehhh.
Syarikat nie ade 12 pekerja termasuk bos die lah dan kami budak practical 4 org. hehe. Bos saya cakap nak jadikan saya business development manager satu hari nanti. Sekarang nie jugak tugas saya adalah advertise kan service manufacturing atau outsourcing company nie ke negara luar. Oleh saya diminta oleh CEO A.K.A boss untuk study dulu pasal Google Adwords dan juga Facebook Ads. Budget kedua2 jenis ads nie adalah RM1 500 untuk sebulan.
Dah lah, saya nie malas tulis panjang2. Oleh itu, eloklah saya TAMAT kan di sini sahaja. Sekian....





No comments:
Post a Comment